بسم الله الرحمن الرحيم
SOLAT SUNAT DHUHA
KELEBIHAN:
·
Berkata
Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah
berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk
Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat
Ahmad)
·
Berkata
Abu Hurairah:
“Kekasihku
Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan
witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia
adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
·
Dalam
riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .”
(Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”
sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan
menolak kepapaan.”
·
Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang
Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
·
Dan
daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa
yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah
baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
CARA
MENUNAIKANYA:
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah
Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir – 40 kali
يا وهاب
Baca
doa ini selesai solat:Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, Keindahan itu keindahanMu, Kekuatan itu kekuatanMu, Kekuasaan itu kekuasaanMu dan Perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai
se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi
disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan