Isnin, 16 Julai 2012

SEJARAH SK. LUBOK


SEJARAH SEKOLAH SK.LUBOK WESTON


            Tahun 1963 adalah tahun bersejarah bagi SK.Lubok Weston. Pada tahun inilah bermulanya perkembangan persekolahan di Kg. Lubok. Peristiwa kebangkitan semangat menentang penjajahan British yang dianjurkan oleh Parti Rakyat Brunei yang terdiri daripada penduduk tempatan kampung ini telah juga mempengaruhi suatu pemikiran positif untuk membangunkan rakyat dan generasi akan datang dengan pengisian ilmu pengetahuan melalui  penubuhan sekolah.

            Berdasarkan ketarangan daripada Tuan Haji Abdurahim Bin Haji Mokti, salah seorang guru di sekolah ini, keadaan sekolah ketika itu serba-serbi kekurangan terutamanya tiada kemudahan jalan raya yang sempurna, tiada bekalan air paip, bekalan elektrik dan kemudahan lainnya. Kebanyakan keperluan diusahakan oleh guru - guru, murid-murid, ibu bapa murid dan orang kampung. Sehinggakan  suatu gotong - royong diadakan untuk membina sebuah bilik darjah yang berukuran 20’ X 30’ bagi menempatkan murid seramai 42 orang. Dinding dan atap sekolah ini ialah dari daun nipah dan berlantaikan tanah. Sekolah yang telah berjaya dibina ini dinamakan sebagai “Sekolah Sukarela Rakyat “(N.V.S).

            Perkembangan sekolah ini banyak bergantung kepada tindakan dan usaha murni penduduk kampung. Salah seorang yang banyak berjasa terhadap kemajuan sekolah ini ialah Tuan Haji Hassan Bin Haji Besar  dan Tuan Haji Ahmad  Bin Nasir. Yang Berbahagia Datuk Hj.Sulaiman Bin Duraman iaitu Ketua Anak Negeri (KAN) kawasan Weston juga berperanan besar memberikan galakan dan nasihat terhadap pembangunan awal SK. Lubok ini. Cadangan dan usaha-usaha mereka bertiga ini mendapat sokongan padu dari penduduk kampung. Seorang lagi penduduk kampung yang berpandangan jauh telah  sudi meminjamkan tanah bagi tapak sekolah ini, beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Osman Bin Ali.

Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Tuan Hj.Masri Bin Mohd.Yassin. Beliau berasal dari Kg.Hulu Weston. Hasil komitmen  beliau dan sokongan orang kampung, sebuah sekolah beratapkan zink, berlantaikan simen dan berdinding papan dengan ukuran 20 ‘ X 30 ‘ berjaya disiapkan  .Murid-murid seramai 42 orang itu mula bersekolah di sini pada 15 Mei 1963. Sekolah ini terus berkembang sehingga 1 April1975 dimana sekolah ini telah diambil-alih oleh kerajaan dan bertukar nama kepada “Sekolah Rendah Kerajaan Lubok “. Selepas itu sekolah ini mendapat tapak baru dengan keluasan 5.07 ekar hingga pada ketika ini. Tapak tanah ini dihadiahkan oleh Tuan Haji Ahmad Bin Ajak.

            Guru Besar yang seterusnya ditugaskan di sini ialah Tuan Haji Awang Besar Bin Haji Matali berasal dari Kg. Weston. Guru yang mengajar ketika itu ialah seramai 5 orang dan 72 orang murid. Sekolah Rendah Kerajaan Lubok ini telah berjaya melahirkan murid yang sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan, universiti dan ramai yang mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam seperti pegawai penerangan, ahli bomba, askar, kerani, ustaz, ustazah, pegawai tanah, kelasi kapal dan sektor lain. Segala pengorbanan individu dan pihak-pihak terdahulu berbaloi dan membuahkan hasil yang diharapkan bagi memimpin, memajukan dan  mensejahterakan bangsa , agama dan negara.

 GURU- GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI SK.LUBOK


            1.         Tuan Hj. Masri Bin Mohd. Yassin                                   1963 hingga 1968
                        - berasal dari Kg. Hulu Weston.

            2.         Mohd. Yussof Bin Ali                                            1964 hingga 1965
                        - berasal dari Kg. pimping.

            3.         Bakar Bin Nordin                                                   1971 hingga 1974
                        - berasal dari  Kg. Weston.

            4.         Tuan Hj. Ag.Besar Bin Matali                               1974 hingga 1986
                        - berasal dari  Kg. Weston            

            5.         Tuan Hj. Diman Bin Hj. Yussof                           1986 hingga 1988
                        - berasal dari  Kg. Lingkungan

            6.         Tuan Hj. Kambar Bin Hj. Abd. Razak                 1988 hingga 1994
                        - berasal dari Kg. Lubok

            7.         Tuan Hj. Ali Bin Hj. Gapar                                    1995 hingga 2000
                        - berasal  dari  Kg. Lubok

            8.         Jalani Bin Hj. Rijim                                                2003 hingga 2007
                        - berasal dari Kg. Takuli                           

          9.        Padon Bin Dullah                                                              2008
                        - berasal dari Kota Belud
           10.      Jalius Gadsong                                                                  2008 – 2011
                        - berasal dari Tamparuli
           
11.      Ismail bin Mohd Kassim                                                    2012
            - berasal dari Kg. Weston, Beaufort
            


Tiada ulasan:

Catat Ulasan